-
Yang Berhormat Iswandy bin Ahmad, 8 Mac 2018
Jawapan:
Menyentuh kepada persoalan Yang Berhomat Iswandy bin Ahmad tadi mengenai jumlah perantis
i-Ready dalam bidang pertanian, terdapat 18 orang graduan yang bekerja dalam 5 syarikat bidang pertanian, iaitu:
i. 4 orang di syarikat Madgrow Tech
ii. 8 orang di syarikat Golden Corporation
iii. 2 orang di Golden Abbatoirs
iv. 2 orang di RZ Prisma dan
v. 2 orang di QAF Farm
vi. 5 orang graduan yang berkelulusan pertanian kini mengikutiprogram i-Ready. Seorang (1) daripadanya menjawat jawatan diluar bidang pertanian dan kini menjalani upskilling melalui latihan on-thejob, manakala seramai 4 graduan pula bekerja di dalam bidang pertanian.
vii. Pada masa ini juga, terdapat 7 jawatan kosong dibawah program
i-Ready dalam bidang pertanian, di mana 3 daripadanya adalah berkaitan dengan kerja-kerja pertanian.
Status pada 25 Ogos 2018:
Setakat bulan Ogos 2018, seramai seorang graduan yang mempunyai kelulusan dalam bidang pertanian telah mengikuti program I-READY dan bekerja di dalam bidang pertanian.
Sehingga kini, jumlah perantis I-READY yang sedang aktif menjalani perantisan dalam bidang pertanian adalah seramai 18 orang graduan dari pelbagai bidang kursus. Mereka ditempatkan di 5 buah syarikat pertanian seperti berikut:
i. 3 orang di syarikat Madgrow Tech
ii. 9 orang di syarikat Golden Corporation Sdn Bhd
iii. 2 orang di Golden Chicks Abbatoirs Sdn Bhd
iv. 2 orang di RZ Prisma dan
v. 2 orang di QAF Farms Sdn Bhd
Status pada 20 Oktober 2018:
Setakat bulan Oktober,tidak ada graduan yang mempunyai kelulusan dalam bidang pertanian telah mengikuti program I-READY dan bekerja di dalam bidang pertanian.
Sehingga kini, jumlah perantis I-READY yang sedang aktif menjalani perantisan dalam bidang pertanian adalah seramai 16 orang graduan dari pelbagai bidang kursus. Mereka ditempatkan di 5 buah syarikat pertanian seperti berikut:
i. 3 orang di syarikat Madgrow Tech
ii. 2 orang di syarikat Golden Corporation Sdn Bhd
iii.7 orang di Golden Chicks Abbatoirs Sdn Bhd
iv. 2 orang di RZ Prisma dan
v. 2 orang di QAF Farms Sdn Bhd